Rabu, 6 Julai 2022

10 Sebab Anda Wajib Baca POLITIK UNTUK PEMULA

Buku-buku pop-ilmiah semakin berkembang luas dari hari ke hari. Kamu tak perlu lagi mengeluh jika perlu membaca karya-karya berat melalui buku-buku yang 'super' tebal dan bahasanya setinggi langit. 

Penerbit buku yang harus kamu tahu ialah Patriots Publishing. Buku-buku mereka lebih banyak tentang Sejarah, Geopolitik dan Sains. 

Kali ini,

aku sarankan kamu baca buku ini untuk tahu asas-asas POLITIK, supaya kamu tidak terpedaya dengan janji-janji manis orang politik.

Jadi, ini 10 sebab kamu wajib baca POLITIK UNTUK PEMULA terbitan Patriots Publishing:

  1. Tulisan yang mudah faham untuk semua lapisan umur.
  2. Ada 26 bab yang padat dan ringkas.
  3. Saiz buku yang sesuai untuk dibawa kemana-mana. 
  4. Reka letak buku yang menyenangkan pembacaan.
  5. Menguatkan pengetahuan asas tentang politik.
  6. Meningkatkan pengetahuan seputar dunia.
  7. Meningkatkan kosa kata dalam bidang politik.
  8. Menghayati perjalanan para pemimpin mempertahankan ideologi/negara masing-masing.
  9. Menigkatkan rasa suka dengan sejarah.
  10. Sumber ilmu asas politik dalam bahasa Melayu (sumber banyak berbahasa Inggeris)
Ada lagi ni,

Buku ini antara yang popular pada tahun 2021. 

Tetapi, buku ini cukup 'evergreen' buat kamu yang belum baca.

Mau baca? aku kongsi link ya : Politik Untuk Pemula


Selamat membaca kamurang!

Selasa, 22 Februari 2022

The Crush

Coincidence meeting you,

Heartbeat beating fast, 

It just grow, 

No end. 

Coincidence meeting you, 

You arrive, I pass by you. 

Your smile, I remember. 

The unnoticed, it hurts. 

No end. 

Coincidence meeting you, 

Lost in crowd, 

Looking for calm, 

Listen to your voice, 

Heartbeat beating fast,

The end. 


22.02.2022 

Beautiful date to remember 💕



Khamis, 6 Ogos 2020

3 sebab anda perlu tengok rancangan reality show "Let’s Eat Dinner Together"


Memandangkan aku interested dengan actor baru Rowoon yang berlakon dalam Extraordinary You (2019), aku ada baca penampilan Haru ( his role name in Extraordinary you) dalam reality show "Let’s eat dinner together".  Host untuk Variety show ini ialah Kang Ho Dong dan Lee Kyung Kyu . Konsep reality show ini  pula ialah mereka akan memegang sudu, pergi ke tempat yang telah diaturkan dengan berjalan kaki atau berkenderaan biasa dan meminta untuk makan bersama-sama sesebuah keluarga yang sudi menerima mereka. To be honest, aku pun baru juga layan reality show ni yang mana bagi aku sangat menarik.

#spoileralert

Antara sebab korang kena tengok tv show ini ialah:


1)       Dapat kenali Bandar/Daerah di Korea


Pada setiap episod, Host Kang Ho Dong dan Lee Kyung Kyu akan ke lokasi berbeza di korea. Dan berdasarkan sumber Wikipedia, mereka juga pergi ke luar negara seperti Hawaii. So back to Haru, dia dan heroin Dan Oh ( Kim Hye yoon) ialah guests bagi episode 164. Lokasi mereka ialah di Unjung-dong, Bundang –gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do. Lokasi ini merupakan kawasan yang menempatkan high-rise luxury condos yang mana biasanya menjadi pilihan golongan kaya apabila Gangnam mulai padat dan sesak. Dalam episod ni pun Rowoon macam berminat nak beli property kat situ untuk mak ayah dia. Sweetkannn😻


2)      Menyelami kisah hidup masyarakat Korea


Setiap episode menampilkan 2 keluarga yang sudah pastinya berbeza latar belakang. Aku lebih berminat dengan keluarga yang menerima pasangan Dan Oh dan Kang Ho Dong. Secara ringkas ,keluarga tersebut terdiri daripada ibu, bapa dan seorang anak perempuan serta seorang anak lelaki. Mungkin sebab aku tak tahu dan yang aku faham segelintir orang Korea kurang mahir berbahasa Inggeris (bergantunglah) tapi tidak dalam kes keluarga ini  yang mana ibu bapa mereka menekankan pembelajaran Bahasa Inggeris sejak kecil. Dan banyak lagilah cerita menarik yang dikongsikan oleh mereka. Kalau anda nak tahu kenalah tengok episod ni😁


3)      Memberi pengetahuan serta motivasi


Bagi aku, aku suka dokumentari tentang hidup orang Korea. Mereka tidak lokek berkongsi kisah hidup untuk dijadikan pedoman. Pada episod kali ini, aku copy line Dan oh yang aku rasa sangat berguna.
 


Selasa, 12 November 2019

Siapakah Wei Wu Xian?

Sebagai penggemar #dramacina tidak sah jika tidak update dengan drama terbaru mereka. Drama ni taklah baru mana. Mula ditayangkan pada 27 Jun hinga 14 Ogos 2019 dengan 50 total episod 😲 . Panjang tapi sangat berbaloi. Drama ini adalah berdasarkan novel dari penulis Mo Xiang Tong Xu's novel Grandmaster of Demonic Cultivation.

Saya sukakan drama ni sebab ia bertemakan historical. Dan kalau tengok costume mereka pun lawa-lawa. Costume yang paling saya suka ialah costume yang dipakai oleh Gusu Lan Sect bewarna putih dan biru lembut dengan headband yang cute😍. Watak yang paling saya suka pula  Lan wangji yang di lakonkan oleh Wang Yi Bo. Nampak cool dan caring. Watak Wei Wu Xian pun nampak menarik jugak, seorang yang quick witted walaupun sedikit mischievous. Overall cerita ini memang best! Kalau anda nak tahu pengembaraan Wei Wu Xian, kenalah tengok drama ni :). 

Google source.


Isnin, 19 Ogos 2019

Total BWF World Championships 2019





Pertandingan badminton untuk mencari Juara Dunia untuk edisi kali ini diadakan di St. Jakobshalle Basel, Switzerland. Pertandingan ini diadakan bermula pada 19 hingga 25 Ogos 2019. Malaysia menghantar wakil seramai 21 orang pemain yang terdiri daripada pemain yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta beberapa pemain professional.

Pada pendapat saya, laluan pemain perseorangan lelaki Negara (Lee Zii Jia) sedikit mencabar jika berjaya ke pusingan ke-3 yang mana beliau akan berjumpa dengan kenta Nishimoto dari Jepun yang berada pada seed ke-8. Barulah beliau layak untuk ke quarter final. Di quarter final, saya menjangkakan Kento Momota di seeded pertama bakal memberi tentangan terhadap Lee Zii Jia. Manakala pemain professional, Daren Liew dijangkakan memberi cabaran kepada Angus Ng Ka Long dari Hong Kong (China) ataupun Chen Long dari China pada peringkat quarter final.

Apapun, saya mengharapkan Malaysia mampu membawa pulang pingat pada kejuaraan kali ini sebagaimana kejuaraan edisi 2018 Daren Liew berjaya membawa pingat gangsa.


Sabtu, 6 Julai 2019

Total BWF Sudirman Cup 2019



Badminton team event ni lah yang saya tunggu-tunggu pada tahun ini. Kali ini Malaysia Berjaya menghantar bakat-bakat muda sebagai taruhan di pertandingan berprestij ini. Event ini berlangsung seawal 19 hingga 26 May bertempat di Nanning, China. Yang bestnya ialah perbezaan waktu di Nanning, China tidak jauh bezanya dengan di Malaysia. Kebanyakan  game dimulakan pada lebih kurang pukul 11 pagi (MYT) dan 6 petang (MYT).  Tidak seperti pertandingan yang diadakan di Eropah yang mana perbezaan waktu sangat ketara sehingga para peminat sukan badminton di Malaysia perlu bersengkang mata menunggu game bermula malam dan  dijangka habis pada pukul 3 hingga 5 pagi!

Hightlight:

1.       Pasukan China menjadi juara kumpulan apabila mengalahkan Malaysia dan India masing-masing dengan 5-0. Manakala pasukan  Malaysia pula sebgai runner-up kumpulan.

2.       Malaysia  Berjaya meneruskan perjuangan sehingga ke peringkat suku akhir  sebelum tumbang di tangan pasukan Jepun dengan mata (J)3-0(M).

3.       Pasukan China memenangi semua game dalam semua disiplin yang disertai pemainnya kecuali perlawanan perseorangan lelaki yang diwakili Chen Long tumpas dengan seterunya Victor Axelsen sewaktu perlawanan di suku akhir melawan pasukan Denmark.

4.       Pasangan beregu Negara, Teo ee yei cedera di bahagian dagu ketika menentang pasukan Jepun; Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda.

5.       Team Malaysia diketuai oleh Goh Soon Huat dan dibantu oleh Chow Mei Kuan.
Men's Double match



Khamis, 6 Jun 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada pembaca blog ini. Selamat bergembira dengan keluarga tercinta.





10 Sebab Anda Wajib Baca POLITIK UNTUK PEMULA

Buku-buku pop-ilmiah semakin berkembang luas dari hari ke hari. Kamu tak perlu  lagi mengeluh jika perlu membaca karya-karya berat melalui b...