Isnin, 19 Ogos 2019

Total BWF World Championships 2019





Pertandingan badminton untuk mencari Juara Dunia untuk edisi kali ini diadakan di St. Jakobshalle Basel, Switzerland. Pertandingan ini diadakan bermula pada 19 hingga 25 Ogos 2019. Malaysia menghantar wakil seramai 21 orang pemain yang terdiri daripada pemain yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta beberapa pemain professional.

Pada pendapat saya, laluan pemain perseorangan lelaki Negara (Lee Zii Jia) sedikit mencabar jika berjaya ke pusingan ke-3 yang mana beliau akan berjumpa dengan kenta Nishimoto dari Jepun yang berada pada seed ke-8. Barulah beliau layak untuk ke quarter final. Di quarter final, saya menjangkakan Kento Momota di seeded pertama bakal memberi tentangan terhadap Lee Zii Jia. Manakala pemain professional, Daren Liew dijangkakan memberi cabaran kepada Angus Ng Ka Long dari Hong Kong (China) ataupun Chen Long dari China pada peringkat quarter final.

Apapun, saya mengharapkan Malaysia mampu membawa pulang pingat pada kejuaraan kali ini sebagaimana kejuaraan edisi 2018 Daren Liew berjaya membawa pingat gangsa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 Sebab Anda Wajib Baca POLITIK UNTUK PEMULA

Buku-buku pop-ilmiah semakin berkembang luas dari hari ke hari. Kamu tak perlu  lagi mengeluh jika perlu membaca karya-karya berat melalui b...