Rabu, 16 Mac 2016

Second update-GOMC

Hi lovely readers,

Bagaimana hari anda hari ini? Busy? Or just so so.. ;) hmm. Apapun yang anda lakukan saya harap anda berjaya dan gembira.

Sebenarnya,saya menulis di sini untuk update pasal GOMC yang pernah saya tulis sebelum entri kali ini. Berdasarkan pembacaan saya, GOMC ialah pertandingan bertaraf antarabangsa dimana semua negara di dunia boleh melibatkan diri dalam pertandingan ini.Namun yang demikian,hanya pelajar universiti saja layak untuk bertanding. Dalam pertandingan ini para peserta dikehendaki untuk mencari syarikat dimana syarikat ini akan menggunakan google adwords untuk tujuan marketing.

Pada pandangan saya,syarikat yang mempunyai aliran tunai atau tahap kewangan yang kukuh saja dapat menggunakan google adwords sebagai salah satu alat pemasaran.

Walaupun google adwords dikategorikan sebagai alat pemasaran yang agak mahal tetapi faedah atau kelebihan menggunakan adwords cukup berbaloi jika menggunakan teknik yang betul.Salah satu faedahnya ialah dapat mensasarkan pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk yang dijual dengan lebih terperinci. Jadi anda tidak akan membuang masa membuat promosi kepada kumpulan sasaran yang tiada potensi membeli produk anda.
Setakat ini sajalah yang saya faham. Banyak lagi yang perlu saya baca dan hadam tentang tugasan yang perlu saya dan rakan-rakan lain siapkan ini.Doakan semoga semuanya berjalan lancar.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 Sebab Anda Wajib Baca POLITIK UNTUK PEMULA

Buku-buku pop-ilmiah semakin berkembang luas dari hari ke hari. Kamu tak perlu  lagi mengeluh jika perlu membaca karya-karya berat melalui b...