Isnin, 6 Jun 2016

Buku Pelukis Jalanan

Assalamualaikum semua,

Bagaimana Ramadan ke- 2 anda?

Semoga amal ibadah kita diterima Allah dan bersungguh-sungguh meraih redha Allah di bulan mulia ini.

Entri kali ini sya nak kongsi pasal buku #PELUKIS JALANAN.

Saya beli buku ni masa pesta buku dekat MAEPS tempoh hari.

First first tu saya tak tahu pun buku ni pasal apa. Saya beli pun untuk habiskan baucer semata-mata..hehe

Tapi, bila sampai je kat kolej terus belek belek semua buku yang dibeli.

Jadi saya pun bacalah seimbas lalu dan bila baca buku #PELUKIS JALANAN ni, macam best pulak.

tup tup habis satu buku saya baca, Serius, bila saya baca buku ni, bole rasa macam mana perjalanan penulis sepanjang berada di luar negara. Bukan tu saje tau, kata-kata semangat dan motivasi turut dicatatkan dalam buku ni. Salah satu yang saya suka ;

"Tangan ini. Mata ini. Semua anugerah Allah kepada hambaNya. Mana Mungkin seorang hamba sanggup menggunakannya untuk mengundang murka Tuhannya. Itu derhaka."

Serius best. Rasanya buku ni anda boleh beli kat mana-mana kedai buku. InsyaAllah ada. Femes kot..hehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 Sebab Anda Wajib Baca POLITIK UNTUK PEMULA

Buku-buku pop-ilmiah semakin berkembang luas dari hari ke hari. Kamu tak perlu  lagi mengeluh jika perlu membaca karya-karya berat melalui b...