Ahad, 24 Februari 2019

China yang terancam?



Aku seronok mendalami sejarah dan apa jua perkara yang melibatkan China. Bagi aku ia sangat menarik. Dari kecil pun suka tengok drama Cina di TV2 DAN TV3😂. Isu yang melanda etnik Uyghur di Xinjiang China pada tahun 2018 masih lagi fresh untuk di ambil iktibar. So sebagai peminat drama Cina, actress Dilraba Dilmurat  sedikit berkait dengan isu ini (taklah berkait sangat) tetapi asal usul beliau iaitu dari etnik Uyghur di Xinjiang membuatkan saya curious untuk mendapatkan lebih infromasi tentang masyarakat Uyghur di Xinjiang China. Guess what? Isu ini ada di tulis oleh A.R.W dalam buku ketiga beliau Dunia Tanpa Tembok II dalm tajuk Turkestan Timur. If you wish to purchase the book you may click this link Dunia Tanpa Tembok II. Dalam buku ni jelas diterangkan permasalahan yang berlaku di Xinjiang Cina.

Bukan itu sahaja,  beberapa bab juga diceritakan tentang  kepentingan Taiwan kepada keselamatan China. Kalau anda pernah tengok video clip salah seorang  ahli TWICE yang meminta maaf secara terbuka atas isu flg-waving controversy, anda mungkin dapat relate dengan artikel dalam buku DTTII ini. Bahkan, Malaysia juga terlibat dalam percaturan geopolitik China melalui inisiatif  “One Belt One Road”. Penerangan tentang OBOR turut disertakan dalam beberapa bab untuk santapan pembaca. Yang paling best pasal buku ni ialah bahasa yang digunakan cukup santai dan mudah difahami untuk layman macam aku walaupun kontennya agak berat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 Sebab Anda Wajib Baca POLITIK UNTUK PEMULA

Buku-buku pop-ilmiah semakin berkembang luas dari hari ke hari. Kamu tak perlu  lagi mengeluh jika perlu membaca karya-karya berat melalui b...