Sejujurnya
saya tidaklah begitu meminati Filem Jepun kerana mungkin penangan filem-filem
Korea yang lebih hebat dan aktor-aktor lelaki dan wanita nya yang cantik-cantik
belaka jika dibandingkan dengan orang Jepun😂. Itu hanya pandangan peribadi saya sahaja. Tapi saya cuba juga untuk
menonton filem jepun yang terbaru iaitu Tonight, at the Movies. Ada orang kata
kebanyakan filem Jepun menceritakan sisi kehidupan orang Jepun yang sebenar dan
ia mungkin menarik.
Jika
anda peminat filem romantik, cerita ini mungkin boleh anda pertimbangkan. Aktor
lelaki bekerja sebagai assistant director manakala heroin nya pula
seorang puteri yang datang dari filem hitam putih. Bayangkan anda di pawagam,
watak dalam filem terus muncul di hadapan anda. Tak ke tekejut tuh! Cerita
bermula apabila Puteri Miyuki bertindak keluar dari movie ke dunia realiti.
Heroin cerita ni pula beperwatakan tomboy. Sepanjang mengenali Kenji (hero),
Puteri Miyuki selalu saja menyusahkan Kenji. Plot cerita ni pun mudah difahami
dan anda tidak perlu berfikir banyak.
![]() |
| Picture from Google |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan