Rabu, 6 Julai 2022

10 Sebab Anda Wajib Baca POLITIK UNTUK PEMULA

Buku-buku pop-ilmiah semakin berkembang luas dari hari ke hari. Kamu tak perlu lagi mengeluh jika perlu membaca karya-karya berat melalui buku-buku yang 'super' tebal dan bahasanya setinggi langit. 

Penerbit buku yang harus kamu tahu ialah Patriots Publishing. Buku-buku mereka lebih banyak tentang Sejarah, Geopolitik dan Sains. 

Kali ini,

aku sarankan kamu baca buku ini untuk tahu asas-asas POLITIK, supaya kamu tidak terpedaya dengan janji-janji manis orang politik.

Jadi, ini 10 sebab kamu wajib baca POLITIK UNTUK PEMULA terbitan Patriots Publishing:

  1. Tulisan yang mudah faham untuk semua lapisan umur.
  2. Ada 26 bab yang padat dan ringkas.
  3. Saiz buku yang sesuai untuk dibawa kemana-mana. 
  4. Reka letak buku yang menyenangkan pembacaan.
  5. Menguatkan pengetahuan asas tentang politik.
  6. Meningkatkan pengetahuan seputar dunia.
  7. Meningkatkan kosa kata dalam bidang politik.
  8. Menghayati perjalanan para pemimpin mempertahankan ideologi/negara masing-masing.
  9. Menigkatkan rasa suka dengan sejarah.
  10. Sumber ilmu asas politik dalam bahasa Melayu (sumber banyak berbahasa Inggeris)
Ada lagi ni,

Buku ini antara yang popular pada tahun 2021. 

Tetapi, buku ini cukup 'evergreen' buat kamu yang belum baca.

Mau baca? aku kongsi link ya : Politik Untuk Pemula


Selamat membaca kamurang!

Selasa, 22 Februari 2022

The Crush

Coincidence meeting you,

Heartbeat beating fast, 

It just grow, 

No end. 

Coincidence meeting you, 

You arrive, I pass by you. 

Your smile, I remember. 

The unnoticed, it hurts. 

No end. 

Coincidence meeting you, 

Lost in crowd, 

Looking for calm, 

Listen to your voice, 

Heartbeat beating fast,

The end. 


22.02.2022 

Beautiful date to remember 💕



Khamis, 6 Ogos 2020

3 sebab anda perlu tengok rancangan reality show "Let’s Eat Dinner Together"


Memandangkan aku interested dengan actor baru Rowoon yang berlakon dalam Extraordinary You (2019), aku ada baca penampilan Haru ( his role name in Extraordinary you) dalam reality show "Let’s eat dinner together".  Host untuk Variety show ini ialah Kang Ho Dong dan Lee Kyung Kyu . Konsep reality show ini  pula ialah mereka akan memegang sudu, pergi ke tempat yang telah diaturkan dengan berjalan kaki atau berkenderaan biasa dan meminta untuk makan bersama-sama sesebuah keluarga yang sudi menerima mereka. To be honest, aku pun baru juga layan reality show ni yang mana bagi aku sangat menarik.

#spoileralert

Antara sebab korang kena tengok tv show ini ialah:


1)       Dapat kenali Bandar/Daerah di Korea


Pada setiap episod, Host Kang Ho Dong dan Lee Kyung Kyu akan ke lokasi berbeza di korea. Dan berdasarkan sumber Wikipedia, mereka juga pergi ke luar negara seperti Hawaii. So back to Haru, dia dan heroin Dan Oh ( Kim Hye yoon) ialah guests bagi episode 164. Lokasi mereka ialah di Unjung-dong, Bundang –gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do. Lokasi ini merupakan kawasan yang menempatkan high-rise luxury condos yang mana biasanya menjadi pilihan golongan kaya apabila Gangnam mulai padat dan sesak. Dalam episod ni pun Rowoon macam berminat nak beli property kat situ untuk mak ayah dia. Sweetkannn😻


2)      Menyelami kisah hidup masyarakat Korea


Setiap episode menampilkan 2 keluarga yang sudah pastinya berbeza latar belakang. Aku lebih berminat dengan keluarga yang menerima pasangan Dan Oh dan Kang Ho Dong. Secara ringkas ,keluarga tersebut terdiri daripada ibu, bapa dan seorang anak perempuan serta seorang anak lelaki. Mungkin sebab aku tak tahu dan yang aku faham segelintir orang Korea kurang mahir berbahasa Inggeris (bergantunglah) tapi tidak dalam kes keluarga ini  yang mana ibu bapa mereka menekankan pembelajaran Bahasa Inggeris sejak kecil. Dan banyak lagilah cerita menarik yang dikongsikan oleh mereka. Kalau anda nak tahu kenalah tengok episod ni😁


3)      Memberi pengetahuan serta motivasi


Bagi aku, aku suka dokumentari tentang hidup orang Korea. Mereka tidak lokek berkongsi kisah hidup untuk dijadikan pedoman. Pada episod kali ini, aku copy line Dan oh yang aku rasa sangat berguna.
 


Selasa, 12 November 2019

Siapakah Wei Wu Xian?

Sebagai penggemar #dramacina tidak sah jika tidak update dengan drama terbaru mereka. Drama ni taklah baru mana. Mula ditayangkan pada 27 Jun hinga 14 Ogos 2019 dengan 50 total episod 😲 . Panjang tapi sangat berbaloi. Drama ini adalah berdasarkan novel dari penulis Mo Xiang Tong Xu's novel Grandmaster of Demonic Cultivation.

Saya sukakan drama ni sebab ia bertemakan historical. Dan kalau tengok costume mereka pun lawa-lawa. Costume yang paling saya suka ialah costume yang dipakai oleh Gusu Lan Sect bewarna putih dan biru lembut dengan headband yang cute😍. Watak yang paling saya suka pula  Lan wangji yang di lakonkan oleh Wang Yi Bo. Nampak cool dan caring. Watak Wei Wu Xian pun nampak menarik jugak, seorang yang quick witted walaupun sedikit mischievous. Overall cerita ini memang best! Kalau anda nak tahu pengembaraan Wei Wu Xian, kenalah tengok drama ni :). 

Google source.


Isnin, 19 Ogos 2019

Total BWF World Championships 2019





Pertandingan badminton untuk mencari Juara Dunia untuk edisi kali ini diadakan di St. Jakobshalle Basel, Switzerland. Pertandingan ini diadakan bermula pada 19 hingga 25 Ogos 2019. Malaysia menghantar wakil seramai 21 orang pemain yang terdiri daripada pemain yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta beberapa pemain professional.

Pada pendapat saya, laluan pemain perseorangan lelaki Negara (Lee Zii Jia) sedikit mencabar jika berjaya ke pusingan ke-3 yang mana beliau akan berjumpa dengan kenta Nishimoto dari Jepun yang berada pada seed ke-8. Barulah beliau layak untuk ke quarter final. Di quarter final, saya menjangkakan Kento Momota di seeded pertama bakal memberi tentangan terhadap Lee Zii Jia. Manakala pemain professional, Daren Liew dijangkakan memberi cabaran kepada Angus Ng Ka Long dari Hong Kong (China) ataupun Chen Long dari China pada peringkat quarter final.

Apapun, saya mengharapkan Malaysia mampu membawa pulang pingat pada kejuaraan kali ini sebagaimana kejuaraan edisi 2018 Daren Liew berjaya membawa pingat gangsa.


Sabtu, 6 Julai 2019

Total BWF Sudirman Cup 2019



Badminton team event ni lah yang saya tunggu-tunggu pada tahun ini. Kali ini Malaysia Berjaya menghantar bakat-bakat muda sebagai taruhan di pertandingan berprestij ini. Event ini berlangsung seawal 19 hingga 26 May bertempat di Nanning, China. Yang bestnya ialah perbezaan waktu di Nanning, China tidak jauh bezanya dengan di Malaysia. Kebanyakan  game dimulakan pada lebih kurang pukul 11 pagi (MYT) dan 6 petang (MYT).  Tidak seperti pertandingan yang diadakan di Eropah yang mana perbezaan waktu sangat ketara sehingga para peminat sukan badminton di Malaysia perlu bersengkang mata menunggu game bermula malam dan  dijangka habis pada pukul 3 hingga 5 pagi!

Hightlight:

1.       Pasukan China menjadi juara kumpulan apabila mengalahkan Malaysia dan India masing-masing dengan 5-0. Manakala pasukan  Malaysia pula sebgai runner-up kumpulan.

2.       Malaysia  Berjaya meneruskan perjuangan sehingga ke peringkat suku akhir  sebelum tumbang di tangan pasukan Jepun dengan mata (J)3-0(M).

3.       Pasukan China memenangi semua game dalam semua disiplin yang disertai pemainnya kecuali perlawanan perseorangan lelaki yang diwakili Chen Long tumpas dengan seterunya Victor Axelsen sewaktu perlawanan di suku akhir melawan pasukan Denmark.

4.       Pasangan beregu Negara, Teo ee yei cedera di bahagian dagu ketika menentang pasukan Jepun; Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda.

5.       Team Malaysia diketuai oleh Goh Soon Huat dan dibantu oleh Chow Mei Kuan.
Men's Double match



Khamis, 6 Jun 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada pembaca blog ini. Selamat bergembira dengan keluarga tercinta.





Ahad, 24 Februari 2019

China yang terancam?



Aku seronok mendalami sejarah dan apa jua perkara yang melibatkan China. Bagi aku ia sangat menarik. Dari kecil pun suka tengok drama Cina di TV2 DAN TV3😂. Isu yang melanda etnik Uyghur di Xinjiang China pada tahun 2018 masih lagi fresh untuk di ambil iktibar. So sebagai peminat drama Cina, actress Dilraba Dilmurat  sedikit berkait dengan isu ini (taklah berkait sangat) tetapi asal usul beliau iaitu dari etnik Uyghur di Xinjiang membuatkan saya curious untuk mendapatkan lebih infromasi tentang masyarakat Uyghur di Xinjiang China. Guess what? Isu ini ada di tulis oleh A.R.W dalam buku ketiga beliau Dunia Tanpa Tembok II dalm tajuk Turkestan Timur. If you wish to purchase the book you may click this link Dunia Tanpa Tembok II. Dalam buku ni jelas diterangkan permasalahan yang berlaku di Xinjiang Cina.

Bukan itu sahaja,  beberapa bab juga diceritakan tentang  kepentingan Taiwan kepada keselamatan China. Kalau anda pernah tengok video clip salah seorang  ahli TWICE yang meminta maaf secara terbuka atas isu flg-waving controversy, anda mungkin dapat relate dengan artikel dalam buku DTTII ini. Bahkan, Malaysia juga terlibat dalam percaturan geopolitik China melalui inisiatif  “One Belt One Road”. Penerangan tentang OBOR turut disertakan dalam beberapa bab untuk santapan pembaca. Yang paling best pasal buku ni ialah bahasa yang digunakan cukup santai dan mudah difahami untuk layman macam aku walaupun kontennya agak berat.




Khamis, 21 Februari 2019

Review ‘for one more day’ by Mitch Albom



I first heard Mitch Albom name when I was in high school. My dearest friend told me a story that simply attract my attention. Then I found out the story was written by Mitch Albom titled the five people you meet in heaven. So after few years, I got a chance to buy his book during Big Bad Wolf held in MICC The Mines.

Basically, for one more day is the story of a mother and a son. The son called Charley Benetto. He had a miserable life until one day he back to his hometown, he met his mother who already dead.

If you have to read a fiction book, I would suggest you to try this out.



Sabtu, 2 Februari 2019

Selamat Tahun Baru Cina!

Kurang dari tiga hari lagi, kaum Cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada 5 haribulan 2  tahun ini.

Jadi saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada pembaca yang berbangsa Cina in advanced :)

Dan kepada yang holiday pula semoga cuti diisi dengan aktiviti yang bermanfaat serta buat yang bekerja sepanjang cuti raya Cina, saya ucapkan good luck💪💪.



made with love

Jumaat, 1 Februari 2019

Tonight, at the Movies


Sejujurnya saya tidaklah begitu meminati Filem Jepun kerana mungkin penangan filem-filem Korea yang lebih hebat dan aktor-aktor lelaki dan wanita nya yang cantik-cantik belaka jika dibandingkan dengan orang Jepun😂. Itu hanya pandangan peribadi saya sahaja. Tapi saya cuba juga untuk menonton filem jepun yang terbaru iaitu Tonight, at the Movies. Ada orang kata kebanyakan filem Jepun menceritakan sisi kehidupan orang Jepun yang sebenar dan ia mungkin menarik.

Jika anda peminat filem romantik, cerita ini mungkin boleh anda pertimbangkan. Aktor lelaki bekerja sebagai assistant director manakala heroin nya pula seorang puteri yang datang dari filem hitam putih. Bayangkan anda di pawagam, watak dalam filem terus muncul di hadapan anda. Tak ke tekejut tuh! Cerita bermula apabila Puteri Miyuki bertindak keluar dari movie ke dunia realiti. Heroin cerita ni pula beperwatakan tomboy. Sepanjang mengenali Kenji (hero), Puteri Miyuki selalu saja menyusahkan Kenji. Plot cerita ni pun mudah difahami dan anda tidak perlu berfikir banyak.

Picture from Google



Isnin, 5 Disember 2016

Pesta Lelong Buku Online 2016

Hi guys,
Hari ni aku nak inform korang yang kedai Kedai Buku Online ada buat PESTA LELONG BUKU ONLINE 2016. Dorang ada tawarkan pelbagai offer yang sangat menarik. Jom tengok!


TAWARAN UNTUK ANDA:
.
1. Diskaun 85% @ RM5 Senaskah (STOK TERHAD)
2. Diskaun 60% (70 tajuk)
3. Diskaun 50% (900 tajuk)
4. Diskaun 40% (200 tajuk)
5. Diskaun 30% (700 tajuk)
.

. PELBAGAI GENRE

.
Pelbagai genre buku yang ditawarkan melibatkan lebih 150 penerbit hebat!
.
Novel / Buku Indie / Bisnes / Agama / Kanak-kanak / Umum / Motivasi / Pendidikan / Merchandise / Resipi dan banyak lagi...!
.

. ISTIMEWA
.
1. Free DVD Masakan dengan setiap pembelian di Bookcafe! (Selagi stok masih ada).
.
2. Free Shipping ke seluruh Malaysia. (Untuk pembelian RM150 & atas - Produk kategori A sahaja)
.
3. Free Membership bagi pembelian RM100 & ke atas (nikmati pelbagai keistimewaan untuk Membership Bookcafe)
.
.
JOM LELONG & JIMAT BERSAMA BOOKCAFE SEKARANG!


KLIK SINI BORONG BUKU :)

Rabu, 30 November 2016

Buku Matluthfi Kisah 25 Filsuf Barat

Assalamualaikum semua!

Saya harap korang sihat sihat je :) Hari ni hari terkahir bulan November. Esok dah bulan Disember. And 1 month to go before 2017. Korang mesti da set target untuk tahun baru kan. Apa apa pun aku doakan korang  dapat achieve target atau azam korang 😊atau nak continue azam korang tahun ni pun boleh.hihi. 

Well, bulan ni jugak ada buku baru nak keluar.😍 Buku apa lagi kalau bukan buku MatLuthfi iaitu Kisah 25 Filsuf Barat. Aku tak sabar nak baca buku ni dan sekarang kalau ada yang nak beli bole terus ke kedai buku online bookcafe Kisah 25 Filsuf Barat . Weh, korang boleh dapat diskaun 10% taw. 😍 


Ahad, 6 November 2016

Review buku Mat Jenin Sebenarnya Hero

Hello peeps :)

Bulan lepas aku tak update langsung blog aku ni. Sorry tau. In case korang rindu aku ke? *perasan*. K lah aku nak cer sikit pasal buku yang aku beli bulan lepas gak tapi baru hari ni aku dapat review. Korang kenal tak SAIFUL NANG? kalau korang tak kenal, bagus sangat lah tu. pegi beli buku beliau sekarang kat sini MAT JENIN SEBENARNYA HERO .Even korang bole search kat mana-mana, Still buku ni lagi best! :P Aku suka baca buku ni sebab cerita dia pendek-pendek je, senang faham, taklah complicated sangat. Sesuai untuk bacaan santai. Dalam buku ni ada banyak topik pasal isu semasa dan pengalaman SN sendiri dalam kehidupan seharian beliau sebagai social entrepreneur, rakyat Malaysia, dan seorang ayah. Dulu pun aku heran jugak macam mana syarikat SN uruskan duit company beliau sebab dorang declare yang 100% keuntungan akan diwakafkan kepada asnaf. So how come dorang boleh breakeven(pulang modal)? dan sekarang baru aku tahu after baca buku ni.

Dan satu lagi satu pandangan tentang patriotisme la jugak yang mana orang bangla kerja kat malaysia kumpul duit banyak-banyak tapi banyak jugak dorang hantar semula ke Bangladesh so dapat mengkayakan negara dorang. Dan orang Malaysia pulak kerja di luar negara kumpul duit banyak-banyak but still perlu berbelanja banyak di negara mereka bekerja berbanding duit dihantar balik ke Malaysia.So you get it?? Aset negara ialah rakyatnya yang ada "otak". Kalau semua yanga ada "otak" bermastautin kat negara luar, kat Malaysia ni tinggal apa? fikir-fikirkan lah. Dan dalam buku ni diterangkan lebih detail lagi. Ada jugak satu bab pasal budak yang slow dikata bodoh oleh cikgunya. Semua orang ada kelebihan dan potensi diri masing-masing. Jangan la di 'label' kanak-kanak yang nampak 'pelik'. Kepada guru di luar sana, bertabahlah berhadapan dengan budak 'pelik' .I know it is easier said than done.But try to help them, explore their potential. Who knows one of them will become the next millionaire?

Antara tajuk yang ada dalam buku Mat Jenin Sebenarnya Hero
*ada flash sebab aku amek waktu malam*


p/s BookCafe Online ada buat combo untuk buku kisah orang menang + buku mat jenin sebenarnya hero dengan harga jimat RM 50 SAHAJA! So guys jangan lepaskan peluang ini.   

Sabtu, 17 September 2016

Diskaun Buku Gila-Gila!!

Hi my lovely readers,

How was your day? Still in raya mood?

Well, aku ada berita gembira ni ;o !khusus untuk peminat tegar pembaca buku.

Kedai buku online Bookcafe akan mengadakan #MyCyberSale!!

No idea what it is ?? Ok. Macam ni, #MyCyberSale ialah satu JUALAN ONLINE TERBESAR di Malaysia bermula dari 26 hingga 30 September 2016. Korang boleh dapat diskaun harga sampai 95% tauu..

Bukan itu saja. Ada 20 tajuk buku yang cuma RM 1 dan 127 tajuk buku dengan harga RM 2. Oleh sebab jualan online terbesar, banyak lagi yang korang boleh dapat. Diskaun 10% untuk setiap buku dari 4745 tajuk dan diskaun 25% untuk setiap buku dari 700 tajuk  dan 30 % untuk setiap buku dari 900 tajuk.

Nak lagi??

Korang akan dapat FREE SHIPPING  bagi pembelian RM80 dan ke atas( kecuali produk  RM1 dan Rm2).

So , apa lagi guys? make sure to save the date! tak perlu bazir minyak kereta anda untuk beli buku, boleh save masa dan energi :)

KLIK SINI untuk ke BookCafe :MyCyberSale




Ahad, 11 September 2016

Salam Aidiladha

Hi lovely readers!

I just wanna wish u all Happy Eid Mubarak guys!

Pic from Google

Sabtu, 10 September 2016

Buku Saya Cuma Posmen

Pernah tak korang rasa down? atau rasa sunyi ? . Untuk aku, aku pernah rasa down dan sunyi. Dan bila perasaan ini datang , aku akan cari ketenangan. Salah satu cara ialah dengan baca buku. Buku- buku yang aku baca ialah buku-buku agama.
Kita , manusia biasa rasa penat dengan urusan harian hingga lupa atau tiada kesempatan untuk beri makanan rohani. Ya, manusia sifatnya alpa.
Kita perlukan ilmu. Ilmu yang membuatkan kita faham kenapa perlu hidup? Berbaloi ke aku hidup? Banyak sangattt jalan ilmu. Korang google jelah.hehe

Actually, aku nak share satu buku yang aku kira best dan of course banyak pengajarannya. Tadaa!!! inilah bukunya,Buku #Saya Cuma Posmen



Ha! mesti korang familiar dengan Ustaz Ebit Lew kan? I really love his writings. Dalam buku ni beliau banyak berkongsi pasal pengalaman beliau sendiri ketika menyampaikan dakwah, di macam-macam tempat, Bahasanya juga cukup santai, Kalau korang berminat nak usha buku ni, boleh dapatkan di kedai online Bookcafe. klik link Saya Cuma Posmen . 

Selamat membaca guys!


Rabu, 3 Ogos 2016

UPSR dah dekat??

Hi my lovely readers,

Siapa sini yang ada anak, adik ke anak saudara yang nak amek UPSR tahun ni, 2016?

Macam mana dengan persediaan peperiksaan?

Semua ok?

Saya harap semua ok saja ;) Tapikan rasanya it's never too late untuk buat latihan dan ulang kaji lagi. So , kalau rasa x sempat je nak kedai buku meh saya rekomen untuk ke kedai buku online Bookcafe.

InsyaAllah, MUDAH, JIMAT dan SELAMAT.

klik sini untuk info >>  BUKU LATIHAN UPSR

Akhir sekali, selamat berjuang adik-adik!

Khamis, 28 Julai 2016

Coretan HAMKA

Sebenarnya aku tak pernah pun baca buku Hamka tapi kali ni aku baru habiskan satu buku Hamka

bertajuk #MERANTAU KE DELI. Aku biasa tengok filem Di bawah Lindungan Kaabah dan

Tenggelamnya kapal Van der wijck saja... Jalan ceritanya memang menarik, bagi akulah(thumbs up!)

dan aku belum berkesempatan baca dalam versi buku pula.

Oh ya! aku nak buat review siket pasal buku 'Merantau ke Deli'.kot -kot korang nak try baca ke.

Sejujurnya, aku rasa kesian dengan nasib si Poniem yang hidupnya susah sebelum

kahwin sampailah dia kahwin dengan si Leman orang Padang. Sebab mereka berbeza adat , ada saja

masalah yang jadi. Adat kena jaga pada masa yang sama ada hati yang kena dijaga. Adat apa? Hati

siapa? Kalau nak tahu bacalah..hihihi


* Nak dapatkan koleksi Buku Hamka yang lain? Klik sini >>> KOLEKSI HAMKA












10 Sebab Anda Wajib Baca POLITIK UNTUK PEMULA

Buku-buku pop-ilmiah semakin berkembang luas dari hari ke hari. Kamu tak perlu  lagi mengeluh jika perlu membaca karya-karya berat melalui b...