Pertandingan badminton untuk mencari Juara Dunia untuk
edisi kali ini diadakan di St. Jakobshalle Basel, Switzerland. Pertandingan ini
diadakan bermula pada 19 hingga 25 Ogos 2019. Malaysia menghantar wakil seramai
21 orang pemain yang terdiri daripada pemain yang bernaung di bawah Persatuan
Badminton Malaysia (BAM) serta beberapa pemain professional.
Pada pendapat saya, laluan pemain perseorangan lelaki Negara
(Lee Zii Jia) sedikit mencabar jika berjaya ke pusingan ke-3 yang mana beliau
akan berjumpa dengan kenta Nishimoto dari Jepun yang berada pada seed ke-8.
Barulah beliau layak untuk ke quarter final. Di quarter final, saya
menjangkakan Kento Momota di seeded pertama bakal memberi tentangan terhadap
Lee Zii Jia. Manakala pemain professional, Daren Liew dijangkakan memberi cabaran
kepada Angus Ng Ka Long dari Hong Kong (China) ataupun Chen Long dari China
pada peringkat quarter final.
Apapun, saya mengharapkan Malaysia mampu membawa pulang
pingat pada kejuaraan kali ini sebagaimana kejuaraan edisi 2018 Daren Liew berjaya
membawa pingat gangsa.







